Welcome To My Page..


Salam Perkenalan dr sy, Cikgu Anis..Semoga dengan adanya blog ni dapat merapatkan lagi silaturahim dan ukhwah sesama kita..

Feeds RSS
Feeds RSS

Saturday, March 24, 2012

BingkIsAn WaNItA SoLehAh..

Sebuah sajak yang membuatkan Cikgu merenung jauh sendirian..

Mampukah aku jadi seperti Khadijah
Agung cintanya pada Allah dan Rasul
Harta diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan Senang rela bersama

Dapatkah aku didik jiwa seperti Aisyah
Isteri Rasul yang bijaksana
Pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan
Lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang
Mengalir air mataku

Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahanda dan suaminya
Yang sentiasa berjuang
Tiada sebarang harta dunia
Layakkah dia 'Penghulu wanita Syurga'?

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah
Mampukah aku menjadi
Wanita solehah seperti mereka?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.